| Forum Home > Pertandingan Memancing (Air Masin) > Pra-GP Joran Pantai Puteri-Joran BH | ||
|---|---|---|
|
Site Owner Posts: 126 |
KUALA LUMPUR: Kaunter pendaftaran Karnival Memancing Pra-GP Joran 2010 di Pantai Puteri, Melaka pada 28 Februari ini, akan dibuka seawal jam 10 pagi Sabtu (27 Februari) hingga jam 12 tengah malam dan bersambung keesokannya, mulai jam 5 pagi hingga masa pertandingan. Pada 27 Februari, pemancing yang datang membawa keluarga atau rakan-rakan boleh berkhemah di Pantai Puteri kerana pelbagai program menarik termasuk persembahan kombo Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan dondang sayang akan diadakan di pentas utama. Mereka yang ingin mendaftar sebagai peserta dinasihatkan membawa borang rasmi yang diperoleh dengan membeli akhbar Berita Harian dan Harian Metro. Borang pendaftaran rasmi akan disiarkan di Berita Harian mulai esok disusuli pada keluaran 16, 19, 22, 24 dan 27 Februari, manakala dalam Harian Metro pula diterbitkan pada edisi 21, 23, 25 dan 26 Februari iaitu dua hari sebelum pertandingan. Hanya borang rasmi layak menyertai cabutan bertuah. Bagaimanapun, mereka yang tidak mempunyai borang berkenaan masih boleh bertanding dalam karnival Pra-GP Joran yang turut menyediakan 20 mata bonus. Penganjur hanya menyediakan kira-kira 1,500 kemeja T bercetak khas dan mengamalkan konsep siapa cepat dia dapat. Setiap penyertaan dikenakan bayaran RM100 untuk satu joran. Karnival Memancing Pra-GP Joran adalah pembuka tirai kepada empat siri pertandingan GP Joran 2010 dengan menyediakan hadiah keseluruhan RM46,500. Juara bakal membawa pulang wang tunai RM20,000 diikuti kedua RM10,000; ketiga RM5,000 dan keempat RM1,000. Penganjur turut menyediakan wang tunai RM500 untuk tempat kelima hingga ke-10; ke-11 hingga ke-20 (RM300) dan ke-21 hingga ke-30 (RM200). Manakala tempat ke-31 hingga ke-40 bakal memenangi hamper sumbangan penaja. Sebuah motosikal Modenass Kriss dijadikan hadiah utama cabutan bertuah. Maklumat lanjut hubungi Unit Joran di talian 03-22822323 sambungan 4240, 4241, 4242. - Oleh Zulhilmi Hat
| |
|
-- Propancing Team-Kuala Selangor
| ||