| Forum Home > Pancingan Sungai > Teknik Memancing Haruan | ||
|---|---|---|
|
Site Owner Posts: 126 |
Seperti yang kita semua tau, haruan sejenis pemangsa yg ganas & mudah dipancing. Cara pancingan haruan biasanya menggunakan katak, belalang, cacing & anak ikan. Mungkin ada sesiapa boleh terangkan teknik & penggunaan umpan yang betul untuk memancing haruan.
Hasil pancingan umpan katak | |
| ||
|
Site Owner Posts: 126 |
Cara Memasang Umpan Katak Mengikut pengalaman saya memancing haruan. Permulaan yang penting ialah mata kail dan klipnya. Kedudukan mata kali dan klip mestilah dalam keadaan dibawah. ![]() Kedudukan mata kail dan klip Kemudian klipkan mulut katak tersebut dari bawah mulut tembus ke kepala supaya mulut katak tertutup rapat semasa karauan. Mulut katak yang terbuka menyebabkan renangan katak sumbang. Pastikan juga tiada angin dalam perut katak, jika ada, tekan perut katak untuk keluarkan angin. Pasangkan mata kail pada kaki kanan atau kiri katak. Mata kail yang panjang dan dipasang pada kaki lebih mudah mengenai haruan. Memasang katak pada badan lebih sukar mengenai haruan kerana haruan menyambar dari belakang dan peratusan mengena adalah tinggi jika mata kail lebih panjang. Pastikan kaki katak diluruskan dengan menarik kaki katak tersebut. Katak hidup dan mati boleh digunakan untuk dijadikan umpan. Katak mati lebih cantik berenang dalam air berbanding katak hidup. ![]() Kedudukan pemasangan umpan katak | |
| ||
|
Member Posts: 1 |
Kita tidak sepatutnya membunuh katak untuk mendapatkan haruan sebab katak sangat penting dalam ekosistem kita. Jika kita membunuh katak serangga seperti nyamuk, lalat, kumbang dan lain-lain akan bertambah bilangannya. Ini menyebabkan tanaman jadi rosak oleh serangga. Haruan juga boleh mengurangkan populasi serangga dengan memakan larva serangga dalam air. Lainlah kalau populasi katak dan haruan sudah terlalu banyak. Saya syorkan kita memancing catch and release dengan menggunakan katak palsu agar populasi katak dan haruan tidak terjejas. Terima kasih. | |
| ||
|
Site Owner Posts: 126 |
penggunaan katak tiruan pun menarik jgk... Lagipun katak tiruan ramai yg tak geli..:D | |
|
-- Propancing Team-Kuala Selangor
| ||
|
Administrator Posts: 56 |
katak tiruan pon ok jgk...xderla geli sgt nk pegang,harga pn bleh tahan...:D | |
|
-- Propancing Team-Kuala Selangor
| ||
|
Member Posts: 2 |
1. Salam......Selamat berpuasa Zangzone. saya baru je di propancing ni semuga di terima oleh kawan2 yang lain...saya tak berapa mahir dari segi teknik/pancingan haruan ni...masih menimba ilmu. besar harapan agar kita dapat berkongsi pengalaman memancing di propancing ni ...memancing haruan ni biasa nya mengunakan katak hidup saya dapati lebih berkesan.dan mungkin juga di satu2 kawasan habitat haruan lain, saya agakla..klu silap betulkan saya... 2.teknik umpan yang sdra gunakan tu masih pratikal.. 3.Lokasi pancingan haruan yang biasa sdra lawati dimana ya.....boleh kita berkongsi dgn kawan2 yang lain......saya pernah ke tg karang utk melayan haruan seronok...:) 4.T/kasih.. | |
| ||
|
Site Owner Posts: 126 |
biasanye katak idup mmg lbh praktikal. Soft plastic pon praktikal tapi utk kawasan yg lbh lapang sbb biasenye soft plastic ni kene karau laju sikit. kalau tempat yg bnyk rumput & reba. Bagi saya, cara karau mmg penting sbb kalau lbh laju, ikan mudah kene berbanding karau perlahan. Tuan duk area mane? area tanjung karang & sabak bernam mmg bnyk haruan... area2 sawah mmg tmpt haruan. Kalo nk mancing haruan besar2, Fruit Valley kt sabak bernam mmg bnyk jgk. :D.. Biasanye tuan dneon layan area mane? | |
|
-- Propancing Team-Kuala Selangor
| ||
|
Member Posts: 2 |
1. Oooo....... terima kasih atas hormat( tuan) itu kpd saya.tp saya lbih selesa dneon sja :). 2.Sy dari Gombak..biasanya bila ada kelapangan pd ujung minggu sy akan pergi ke jetti bagan pasir utk beli ikan ikan segar di situ. selepas itu baru sy gi layan haruan di tanjung karang,isteri sy akan ikut sekali sbb dia suka mancing gak...... 3.Di Fruit Valley tu haruannya bersaiz bagak2 ke....wah tentu seronok melayan nya. kalau ada kesempatan satu masa. boleh kita melayan haruan disana ya.. 4. Tq. | |
| ||
|
Site Owner Posts: 126 |
ooo situ ke... sy tau...:D.... bole join jgk nnt... kt area gombak kan ade sungai ulu yam.. kt situ bnyk toman.. tak minat try ke? | |
|
-- Propancing Team-Kuala Selangor
| ||